Lelaki Untuk Lelaki

Lelaki Untuk Lelaki
Untuk kite-kite je

Thursday, September 9, 2010

Cinta Satu Malam

Remy terjaga selepas mendengar deringan telefonnya. SMS dari seseorang,'C u mlm ni k'. Tangannya lemah untuk membalas.Kredit 30 sen je lagi tinggal. Dahla tengah bulan. Kakinya melangkah menuju ke dapur. Sambil membuka sebungkus mi segera, tangannya memetik dapur gas dan meletakkan periuk berisi air ke atasnya. Sementara menunggu air mendidih, Remy bergegas ke bilik tidurnya bagi menutup jendela tatkala hujan turun dengan lebatnya. Selesai makan mi segera, Remy mandi dan mempersiapkan diri untuk bekerja seperti malam sebelumnya. Badan tegapnya itu disarungkan dengan sehelai kemeja TOPMAN berona merah terang,sambil menyarungkan skinny jeans hitam.Vest putih dan white tie serta sepasang gelang tangan leather dipakai bagi menambah seri.Telinga kirinya turut disumbatkan dengan subang diamond. Rambutnya yang tebal dan diwarnai biru itu disikat rapi dengan bantuan wax. Sebelum keluar, Remy memandang cermin dan menyembur wangi kegemarannya - Polo Black.Mengancam penampilannya malam ini. Pasti ada yang terpegun dan terpandang 6-pax dimilikinya nanti.Setelah memadamkan suis biliknya, Remy menuju ke pintu dan menyarungkan kasut putih Zaranya.Di saat menuruni anak tangga rumah sewanya itu, Remy sempat memanaskan badannya dengan sebatang rokok.Mujurlah hujan sudah berhenti.Remy mengorak langkah perlahan-lahan menuju ke pusat kota koboi itu.Tangannya yang berurat-urat itu menolak pintu kelab perlahan-lahan. Sudah ada beberapa pekerja sedang ligat membersihkan gelas dan menyapu lantai. Dua jam lagi sebelum kupu-kupu malam dan kelawar memasuki premis itu. Kepenatan dan kelesuan malam sebelumnya masih belum hilang. Remy menuju ke bahagian kanan bar. Sebelum memulakan kerja, Remy sempat meneguk segelas vodka sambil mengunyah dua biji panadol. Segar rasanya. Muzik techno dan R&B mula dimainkan. Seperti kebiasaannya, malam minggu ini dikunjungi ramai orang walaupun bulan puasa. Sekumpulan kelawar setia memasuki perkarangan kelab. Ada ahli baru dibawa bersama.Kedatangan kumpulan itu turut disusuli beberapa kumpulan lain dan pasangan. Masing-masing mengorak langkah dengan rapi dan teratur dengan pelbagai fesyen baju. Semuanya kelihatan 'part-time model'. Setiap yang berjumpa akan berpelukan sambil mengucup pipi.Mata Remy tertacap kepada kelibat seorang kelawar yang amat dikenalinya. Kelawar itulah yang menghantar sms kepadanya lewat petang tadi. Berbaju putih ketat nyata memperlihatkan susuk badan kelawar tegap itu. Apatah lagi dengan susunan bulu dadanya yang halus menampakkan ke-macho-an kelawar itu. Sambil menghembus asap rokok ke udara, kelawar itu datang ke arah Remy sambil mengucup manja bibirnya. Remy tidak cuak diperlakukan sebegitu. Memang sudah skop kerjanya agar hubungan Unggas dan Kelawar disimpul serapi mungkin. Kelawar itu berbisik manja ke arah telinganya. Remy mengangguk dan menyerahkan sebotol Chivas kepada Kelawar itu. Muzik makin rancak. Sekumpulan kelawar mula menari di pool. Ada yang bercumbuan dan meraba-raba badan pasangannya. Kumpulan kelawar makin ramai dan berasak-asak di perkarangan kelab. Di saat itu seekor kelawar import menghampiri Remy dan menyentuh dadanya. Remy tersenyum dan bertanyakan minuman apa dipintanya. Kelawar import itu menyerahkan sekeping wang import ke arahnya. Remy terdiam dan menyerahkan segelas whisky kepada kelawar import itu.Bunyi siren tiba-tiba menenggelamkan suasana. Masing-masing menuju ke pentas utama. Persembahan akan dimulakan seketika nanti. Sebaik muzik rancak dimainkan, sekumpulan rama-rama dengan baju kreatifnya menari ligat di atas pentas. Sungguh tidak percaya dengan penampilan ayu mereka ini.Selesai persembahan, para kelawar menyambung aktiviti masing-masing.Setelah hampir 5 jam berada di kelab itu, Remy sudah bersedia untuk menapak ke rumahnya. Setelah memastikan segala kerjanya selesai, Remy keluar mengikut pintu belakang bagi mengelak terserempak dengan kumpulan kelawar di pintu utama. Sebaik keluar, bahu Remy ditarik sepasang tangan. Remy berpaling lalu terkejut melihat Kelawar Import yang ditemuinya malam tadi tersenyum sinis ke arahnya. Kelawar Import itu menyuarakan sesuatu ke arahnya. Remy mengerti. Remy membontoti Kelawar Import itu. Setiba di sarangnya, Kelawar Import itu mahu Remy membelai sayapnya. Remy akur. Sebaik selesai segala urusan, Kelawar Import itu menyerahkan beberapa keping wang import kepadanya. Remy terus berlalu pergi dan menapak laju ke arah bangunan kedai yang disewanya. Setiba di rumah , Remy mencapai tuala dan membersihkan diri. Baki mi segeranya petang tadi diratah semula bagi mengalas perut. Badan tegapnya itu merayu-rayu untuk direbahkan ke atas tilam empuknya. Pari-pari malam juga mahu fikirannya tenang agar tidak terganggu dengan bunyi bising kereta di luar sana. Akhirnya Remy akur,dirinya perlu memulakan hibernasi seketika nanti.Sebelum tidur, Remy meneguk segelas arak tempatan dan menelan 2 biji panadol agar tiada mimpi malam ini. Remy mahu melupakan tentang malam tadi. Juga penyakit yang dihidapinya. Air mata jantannya mengalir deras tatkala mengenangkan nasib keluarganya di kampong. Adiknya memerlukan duit belanja.Begitu juga kakaknya yang berada di tahun akhir sebuah kolej swasta. Kehidupan mereka adik beradik yang menumpang kasih ibu saudaranya sedikit sebanyak memaksa Remy berada di posisi sekarang. Tiada jalan keluar baginya selepas terjatuh ke dalam gaung hitam ini. Cuma bagi remaja berusia 21 tahun ini, ketika hari kematiaannya nanti, adik dan kakaknya ada disisi bagi mengiringi pemergiannya.
p/s:Rata-rata kelawar malam sering terlupa dengan alam & realiti. Ramai yang cuba bergaya melebihi Paris Hilton. Sanggup berlapar demi membeli baju pelbagai jenama. Lebih malang, ketika kesempitan wang, ada juga yang masih mahu mengunjungi kelab malam. Sungguh kurang faham dengan karenah golongan sebegini.Apa-apapun ingat keluarga dan HIV HAK MILIK SETIAP INSAN.

No comments:

Post a Comment