Lelaki Untuk Lelaki

Lelaki Untuk Lelaki
Untuk kite-kite je

Thursday, September 9, 2010

Sinar Cinta Terlarang



Joe gelisah. Mata redupnya sering kali berpaling ke arah jam Mickey Mouse di dinding. Sudah jam 3 pagi.Shah masih tidak pulang dari kerja.SMS terakhir diterimanya, 'Abg blk lmbt sikit, ada keje'. Sudah 5 kali Joe mendail nombor abang kesayangannya itu, namun setiap kali ada sahaja suara wanita menggoda menjawab 'Maaf nombor yg anda dail tiada dalam perkhidmatan'.Joe pasrah. Matanya terkulai layu. Perlu rehat. Esok jam 8 pagi dia dan rakannya perlu berangkat ke Kota Kinabalu.Mujurlah minggu ni penerbangannya sektor domestik sahaja. Hubungan Joe dan Shah terjalin sejak perkenalan ketika masing-masing menuntut di MAS Academy 7 tahun lalu. Bagaimanapun, Shah terpaksa beralih arah meninggalkan dunia awan birunya bagi membantu bisnes keluarga.


****
Hujan turun lebat. Penerbangan ke KK terpaksa ditangguhkan berikutan cuaca tidak mengizinkan. Fikiran Joe kusut. Risau akan keadaan Shah yang tiada khabar berita. SUdah makankah dia? Apa yang terjadi kepadanya? Rakan baik Shah sudah dihubungi sebelum Joe keluar rumah awal pagi tadi.Namun masing-masing 'no komen' ke mana menghilangnya jejaka kacukan Arab berbadan sasa itu. Lamunan Joe disapa Crew Leader, Sebastian . Joe sedikit terkejut dengan tepukan kasar lelaki Serani itu.Berderau jantung jantannya melihat ketuanya di depan mata. 'Ingat, tinggalkan masalah di rumah.Fokus pada kerja', teguran Sebastian dengan nada tegas. Pesawat Boeing 747 sudah bersedia untuk berlepas. Seperti biasa dan kebanyakkan krew penerbangan, Joe tersenyum galak menyambut penumpang walaupun hatinya bergelora. Plastik ajelah jawabnya. Senyuman Joe dibalas manis seorang penumpang di Kelas Perniagaan. Orangnya kemas, berkumis nipis . Lengan bajunya yang dilipat kemas menampakkan urat-urat jantannya. Joe menghulurkan tisu basah kepada lelaki berkenaan. Tisu yang dihulurkan berbalas dengan 'name card' daripada lelaki itu. Rizal Gouz, Senior Manager sebuah bank terkemuka. Joe melemparkan senyuman nakal kepada lelaki itu. Pramugara berusia 27 tahun ini  sudah masak dengan kegatalan para penumpang. Biarlah, dalam pesawat je pun. Yelah, kalau tak dilayan, karang ada pulak memo,desus hati Joe. Pesawat membawa 120 penumpang itu meluncur laju meredah udara. 20 minit lagi waktu untuk mendarat. Sebastian membuat pengumuman khas. Semua kabin krew diarahkan pilot untuk bersiap sedia. Pengalaman 10 tahun Kapten Radzy mengemudi pesawat melancarkan pendaratan. Joe sudah bersedia di pintu. Lelaki tadi atau Rizal Gouz itu datang ke arah Joe. 'Hubungi saya malam ni', bisiknya perlahan. Joe sekadar mengangguk  walaupun kurang gemar diperlakukan sebegitu.
****
Joe malas untuk keluar makan bersama teman-temannya. Perasaan gundahnya masih belum pulih. Sedari tadi punat telefonnya ditekan mendail nombor Shah, Namun masih tidak dapat dihubungi.Benggang dengan keadaan itu, Joe meraba poket seluarnya yang digantung di sudut bilik hotel 5 bintang itu, Pemandangan PUlau Manukan sungguh menenangkan. Joe membelek kad yang diberikan Rizal ketika penerbangan pagi tadi. Entah mengapa terdetik di hatinya untuk menghubungi lelaki pertengahan 30-an itu.'Hi, wtpe tu?Joe,yg u kasi kad dlm flight pg td,huhu'.Tidak sampai 10 saat iPhone yang dihadiahkan Shah kepadanya ketika hari jadinya bulan lalu berdering manja. Mesejnya dibalas.'I x buat pape.Rehat kt hotel sorang2.U? X kuar ke ngan member?'.Jemari Joe laju membalas mesej.'I malasla nak kuar. Boring.Jum g minum.I dok kt RX hotel.'.Rizal tersenyum riang disaat menerima sms daripada Joe.
****
Rizal melambaikan tangan sebaik melihat kelibat jejaka tampan berbaju hitam ketat. Joe menyedari lambaian Rizal itu. Joe melangkah laju menuju ke meja di sudut bar tempat Rizal menantinya. Belum sempat Joe melabuhkan punggungnya, Rizal sudah bersiap sedia menarik kerusi untuknya. Joe terpegun. Mujurlah tiada orang melihat aksi romantis itu. Rizal memanggil pelayan bar untuk menghantar makanan yang sudah dipesan terlebih awal petang tadi.Rizal tidak mahu Joe menanti makanan terlalu lama. Bagi Rizal, lagi cepat makanan selesai, lagi cepatlah mereka beredar dari situ - cepat juga urusannya yang dirancang terhadap Joe selesai. Kurang 2 minit,Gucy'ex Lamb Chop , Mexican Classic Salad & High fibre bun tiba. Joe menguis salad di pinggannya. Meskipun lapar, namun fikirannya yang terganggu turut memadamkan selera makannya. Rizal menghiris perlahan-lahan dagingnya lalu diletakkan ke atas pinggan Joe. 'U makan k,dari tadi I lihat U x tenteram. Apapun masalah U, lupakan seketika'. Joe meneguk red wine sambil menyuapkan hirisan daging itu ke arah bibirnya yang seksi itu. Selesai makan, Rizal membawa Joe naik ke atas biliknya.


****
Pandangan Joe agak kabur. Tubuhnya longlai dan tidak berdaya. Bayangan lembaga-lembaga seakan menonton filem 3D. Rizal tersenyum riang tatkala melihat sekujur tubuh terlentang di depannya tanpa seurat benang.Joe tidak berdaya melawan ketika tangan kasar Rizal membelai badannya. Matanya tertutup rapat. Rizal melayari bahteranya seorang diri dengan penuh kepuasan.
****
Joe terbangun sebaik menerima tamparan kuat di pipinya. Perlahan-lahan matanya dibuka. Sebastian dengan muka bengisnya memadang tajam ke arah Joe. 'Whr have u been last night?U tau skrg dah jam berapa?U pergi bilik U dan mandi.30 minutes before departure.Memalukan je U tidur di lobi hotel ni!'.
****
Joe berang dengan apa yang dilakukan Rizal kepadanya. Tak sempat untuknya menelefon lelaki lahanat itu - suka mengambil kesempatan dengan taktik kotor. Joe tidak habis menyalahkan dirinya di atas segala apa yang berlaku. Sebaik keluar dari KLIA, Joe nekad mahu berenti di Putrajaya. Mahu menenangkan fikirannya seketika. Sebaik tiba di tasik buatan itu, Joe dapat melihat beberapa pasangan remaja sedang bercumbu-cumbuan. Ada yang galak berpelukan sambil bersuapan. Pasangan Bangla & Indon juga turut memeriahkan sekitarnya. Joe mengambil keputusan untuk duduk di gigi tasik.Joe membuka kasutnya untuk dijadikan alas duduk. Sekumpulan anak ikan berenang riang di dalam tasik itu. Joe mendongak ke langit dan melontarkan pandangannya jauh-jauh. Dengan bantuan cahaya suria petang, pandangannya tertacap ke arah sepasang lelaki yang sedang duduk di seberangnya. Susuk tubuh itu seperti dikenalinya. Baju pun macam pernah nampak. Joe angkat dan terus berjalan menuju ke pasangan itu. Joe pasti, lelaki berbaju polo hitam itu orang yang dicarinya dan merosakkan hidupnya selama ini. Joe memberanikan diri menepuk bahu lelaki itu dari belakang. Lelaki itu berpaling ke arahnya sambil membuka cermin mata hitamnya. Tanpa segan silu, Joe menghayunkan tangannya ke arah muka lelaki itu. Lelaki itu jatuh tersungkur dek penangan buku limanya. Shah terkejut dengan tindakan Joe itu. Daniel lelaki yang baru dikenali Shah sejak sebulan lalu seakan terkejut melihat trailer drama sebentar tadi. Dirinya yang kemaruk cinta dengan Shah tidak mampu berbuat apa-apa. Terkedu. Shah cuba bangun, namun kakinya ditendang Joe. Sekali lagi tangan jantan Joe singgah di bibir Shah sehingga terpancut darah merah teruna itu.'Ini yang abang buat dgn Joe selama ini. Joe call, abang tak angkat. Joe sms abang tak reply. Pastu menghilang tanpa khabar berita. Mana janji abang selama ni nak hidup semati dan kawin lari ke Kanada? Apalah dosa mak Joe lahirkan  Joe untuk bercinta dengan lelaki tak guna mcm abg ni,bangsat!'. Seraya itu, Joe membaling cincin ke arah Shah. Kad kredit milik bersama turut dibaling ke tasik. Dengan laju, Joe melangkah laju meninggalkan pasangan hina tu. Hatinya bagai tanah runtuh yang menenggelamkan beberapa manusia di Bukit Antarabangsa satu ketika dahulu - tiada yang dapat menghalang dan menjangka. Robek sungguh hatinya saat ini. Bayangan detik-detik ketika bersama Shah satu masa dahulu memenuhi fikirannya. Mutiara jernih mengalir laju di pipinya. Tanda sedih diperlakukan sebegitu dan tanda gembira dan puas kerana akhirnya Joe tahu perkara sebenarnya. Mungkin satu kesilapan ketika dia ditempatkan sebilik dengan Shah semasa di MAS academy dulu yang membuahkan bibit percintaan mereka selama ini. Silap juga dirinya membiarkan Shah memanjakan dirinya dengan barangan berjenama.Silap Joe juga kerana berkongsi membeli rumah dan kereta bersama Shah. Joe menampar mukanya. Air matanya dikesat dengan gulungan baju.Joe cuba menolak itu semua ke tepi. Dibuang jauh-jauh dari lubuk hatinya. Apa yang penting sekarang, teka-tekinya selama ini terjawab. Baginya, meskipun hubungan itu terlarang, namun tuhan mahu menunjukkan kuasanya ke atas makhluk yang perasaan seksi sepertinya di muka bumi ini. Tidak salah haluannya ke tasik itu hari ini. Entah mengapa nalurinya memang keras mahu ke situ sejak dalam pesawat lagi. Pada awalnya, Joe berharap dapat menenangkan fikirannya di tasik itu.Memang benar, segalanya berjaya dirungkai . Sambil memandu kereta Mazdanya, hati Joe berbisik. Andai segala detik kehidupannya dengan Shah bisa ditulis dalam sehelai kertas lalu disimpan dalam botol sebelum dibaling ke laut agar insan yang menemuinya nanti mengambik iktibar dari segala yang berlaku - Joe sanggup tidak tidur siang malam untuk mencari botol zaman purba. Keretanya meluncur laju melalui lebuhraya. Hujan turun rintik-rintik seolah memahami dengusan hatinya. Baginya, peristiwanya dengan Shah membuktikan - tiada orang yang memainkan cinta dengan kesetiaan, sebaliknya sentiasa tidak puas dengan apa yang dimiliki.-ends.

No comments:

Post a Comment